Nursofia Nasarudin
♡ phiaa ♡
Follow
Dashboard
Entries About Stuff Linkies

The End of February
Thursday, 28 February 2013 | 08:02 | 0 Comment ?

Smile :D

Assalamualaikum, Kalau tak jawab berdosa tau! Kalau jawab tandanya sayang.. hihik :* I'm coming home, coming home! *merepek ja lebih

Dek kerana ketandusan idea, hari ni baru nak update blog yang tercinta ni. Kadang-kadang tu idea datang mencurah but kemalasan yang tak bersebab melanda diri ni, so lebih mengambil keputusan untuk tidak meng"update" untuk mengelak daripada update benda yang tak sepatutnya. Ok ini yang pertama!

Kehidupan sebagai seorang lepasan SPM? Semestinya amat membosankan. Dek kerana aku tidak bekerja, bukan takmau bekerja tetapi taktau nak cari kerja dekat mana, aku lebih memilih untuk meluangkan sepenuh masa aku di rumah or lebih tepat lagi, duduk goyang kaki ja dekat rumah. Actually aku sendiri tertanya-tanya kenapa orang selalu mengguna ayat "duduk goyang kaki ja" untuk menggambarkan duduk saja. Goyang kaki pun satu pekerjaan what? hehe. Umpama penganggur yang berjaya gitu kan? Ini kedua!

Seminggu yang lepas time tengah syok dok sapu chalet kayu dekat papa, ada posmen mai hantar surat Kemasukan Awal Bagi Diploma Sains Kesihatan. That moment I was like, ehh apa ni? Then terfikir ohh dah memang sah-sah swasta not goverment. So, aku abaikan ja surat tu. Papa tengok tanya nak pi ka? Takmau takmau! Baik aku join depa dekat taman budaya lagi bagus, daripada dok tunggu seharian dekat tempat tu. Ok ini ketiga!

Okey then, petang tadi sedang aku kalut nak keluar dating. Ehhh dak dak! Nak keluar ja, ada pulak call dari kolej apa entah. Atudia call sampai ke rumah noh. Semangat ja nak terang dekat aku program yang ditawarkan dekat situ. I was buat-buat tanya saja, even aku tau tu semestinya swasta.. Hehe. Syarat layak kemasukan hanya perlu tiga credit untuk diploma fisioterapi and farmasi.. Ohh senang dunia kan kalau macam. Alahh apa payah ada duit semua boleh. That moment I was like "takpa lah kak, saya takmau ambik bidang yang ada relate dengan Science pun" dalam hati jelahh. Taudak orang dah terlambat nak keluar dating ni kak? Ehh dak la bukan dating! Taudak sebab call tu tadi keluar sampai depan sekolah aku kehujanan. Apa tak kata -,- Tak apa janji dapat makan bihun sup :D Ok itu yang keempat!



Gambar di atas tu script untuk festival teater. *ambik dari album Kash* Aku nak join? ehhh dak kot. Just pi bengkel nak belajar ja. Tapi best la dapat join group tu, abang-abang, kakak-kakak semua sporting belaka. Hampir setiap malam habiskan masa dekat taman budaya. Yang paling tak boleh nak lupa time buat street teater masa tu dekat taman rimba. Okey mana cering pun. Kena pulak aku ni jenis yang pemalu.. Heheh pemalu kah? But overall memang terbaik! Ok ini yang kelima!

March already? Ok ambik bantal tutup muka duduk situ senyap-senyap! Taudak kalau bulan March ni kenapa taudak? Result!! Ohhh no!! Few days ago ada mimpi pasai result. Memang kalau kita bangun solat subuh then kita tidur balik memang kita akan mimpi yang pelik-pelik ehhh? Huishhh takut takut! Nak kata mimpi result tak elok tu, ehh elok la jugak. But I hope result yang akan dapat nanti melayakkan aku untuk ambik course yang diminta.. I do really hope so. And we can start counting 20 days from now! First, takut my parents kecewa dengan result yang akan dapat nanti ni. Second, bukan parents saja kecewa, diri kita sendiri pun mesti kecewa. Am I right? Third, takut tak dapat nak further study. Fourth, takmau dibandingkan dengan result orang lain. Ya la aku ni bukan pandai tera mana pun haaa -,-  Ok ini yang terakhir!

Ok berhenti di situ! Mata kian layu. Cuaca pula dingin memang tepat waktunya untuk aku terus beradu. Will be right back for the next post. See ya ❤

Assalamualaikum

Setiap ada awal pasti ada akhir, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Jangan pernah menyerah, percaya diri dan bahagia menanti. Tak ada yang sempurna, berhentilah mencarinya. Jikan seseorang mengerti dan mencintai kamu apa adanya, kamu dan dia layak bersama. Orang yang kuat hatinya bukan mereka yang tak pernah menangis, melainkan orang yang tetap tegar ketika banyak orang yang menyakitinya. Love you :*







Older Post . Newer Post

Daisypath Anniversary tickers

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : Sofieya Nasarudin
Best View in Google Chrome