Nursofia Nasarudin
♡ phiaa ♡
Follow
Dashboard
Entries About Stuff Linkies

The End of 2012
Tuesday, 1 January 2013 | 08:17 | 0 Comment ?


Assalamualaikum

I'm back. 2 weeks without wifi. Hahaha macam ni la hidup kalau connect wifi orang sebelah. Ok 2012 dah sampai penghujungnya. Hari ni dah last day. Tergerak hati nak on komputer hari ni. Tengok-tengok wifi dah ada. Wihuuu. 

Yesterday we went to le titi hayun. Celebrate new year kat sana even awai sehari. heheh Ehhh titi hayun was on plan actually. Dah sampai sana tengok-tengok mak aiiiii, ramai siot. Last-last pi batu hampar. dekat-dekat tu ja. Yang wawa "weh aku panas ni" me,izzam "tak sabar nak main air la tu, dok bagi alasan panas, takpa kami faham" hahahahah. Wawa punya tak sabar kawan terjun masuk air dulu. Actually plan ni hari khamis lepas nak pi, tetiba ja wawa got some work to do. Biasa la wawa tu, memanjang ada kerja, kerja apa pun taktau. Haha. Plan cukup elok dah ni, sebab nak pi before buka sekolah. Kami dua ni takpa dah officially pengangur, Izzam laa. Ingat si pakcik nak join jugak, tengok-tengok takmau. So kami tiga orang ja lahhh. By the way, happy sesangat la kemarin ni. Thanks hampa dua sebab sudi keluar bersama. Gonna miss this moment! Puas main air balik-balik malam tu pakat lena entah mimpi ke bintang paaa. Hehehe. Nanti kita pi lagi tauuu!

Enough about that. Dah nak masuk tahun baru. New year, new determination, new apa lagi entah.. 2012, rasanya tahun ni tahun yang paling banyak kenangan untuk aku. Seriously! Dari awai tahun sampai ke hari ni. 

Dekat sekolah, dalam kelas. Aku dok sebelah Syiqin hah kelia dah bila dok seklai macam-macam la nak jadi pun. Tapi Syiqin suka tinggai aku pi dok dekat tempat lain kalau ada orang takmai. Biasalah kelas kami ni sehari tu WAJIB ada seorang yang mc. Jarang sangat nak jumpa 41/41 laaahhh. 

Waktu rehat, aku, Syiqin, Wawa biasanya akan rehat sekali. Lepak kantin, makan nasi ayam kantin, kacau makcik kantin, usya juniors*heheh, sembang rambung. Hah biasalah kami kalau dok sekali tu ada ja la topik yang keluar. Lepas tu jalan meronda satu sekolah, naik blok nu, naik blok ni, prefect lahh. Heheh. Bila tersempak dengan juniors ja depa pakat tegoq. Tambah lagi yang form one. Owhh this was awesome. Rindu semua tu!

Waktu agama, geng laki yang duduk meja belakang tu pakat mai duduk meja depan, kalau bole tu sampai depan muka ustazah tu. Paling takbole lupa masa belajar bab nikah. Even bab tu aku ada skip banyak sebab latihan teater la, menembak and so on. Aku ingat sekali 
Ustazah : Isteri yang membenarkan suaminya kahwin lain kalau suaminya mampu, si isteri itu akan mendapat payung emas.
Taufik : Saya nak payung emas jugak! Kalau macam tu saya nak bagi isteri saya kahwin dua lah
Ustazah : dok merapu apa ni? Kalau kamu nak jugak kamu kena jadi suami yang bertanggungjawab, etc etc

Waktu Math, aku paling takut bila ja waktu math. Bila waktu math ja, semua diam. Geng laki yang biasanya bising, diam habih semua. 
Sir : jangan bagi saya nampak buku yang tak semak, kalau saya nampak blacklist
hahahaha aku biasa kena kot sekali. Kes takbawak buku ja pun -.-

Waktu kimia was the best ever! Cikgu pun the best! Paling aku takbole nak lupa lah. Hah nampak, nampak?  Even cikgu dia gak suka membebel, tapi dia membebel pun kes nak kami semua jadi macam dia, Belajar rajin-rajin nanti kita nak apa pun dapat. Love you cikgu :*

Masa kelas tambahan, ada ja yang nak lari balik. Aku pun kekadang dok plan nak lap kelas tambahan jugak. Tapi errr hahahah tak jadi banyak kali dah. Ada kebaikan ya di ditu. Hahaha rindu nak solat berjemaah sama-sama dengan kengkawan dekat surau sekolah before masuk kelas tambahan. 

Masa tuisyen Sir Henry memang terbaik ahhh. Waktu rehat aku dengan adyb pi makan then merempit dua pi Jitra mall solat kat sana. Solat didahulukan okeyh! Lepas tu baru la meronda satu Jitra mall tu. Each a cup a adalah benda yang wajib kami dua beli. Aku chocolate oreo, adyb papermint oreo. Sedap dap dap wuuu :D Lepas habih rehat back to tuisyen. Macam tu lah rutin kami tiap-tiap hari jumaat.

Cukup la sikit-sikit, kenangan manis dengan kenangan pahit rasanya sama rata this year. Yang pahitnya, biar disimpan seorang diri. Mohon aku jangan terkenang sebab semua tu buat aku sakit hati. Sakit hati ya bukan sedih! Paling sakit hati kes tu, alaa kes tu laa. Hat ni biar aku sesorang ja tau. Ya! memang aku jenis pendam sorang. Buat apa nak pi share dengan orang. Sebab aku takut benda yang takmau terjadi akan terjadi. That's why aku suka pendam. Kes ni paling sakit hati. Aku ingat ja sampai bila-bila haa. Bukan nak berdendam, tapi hati ni rasa, errr macam mana entah. Tak kira la rapat ka takpernah rapat ka, kalau dah sakitkan hati aku memang aku takkan baik balik dah. Sorry to say. Aku rasa bukan salah aku kalau nak tunggu aku mintak maaf pun. Aku ni keras kepala. Hah nampak? Jangan ingat aku diam maksudnya aku ni lembut kayh!

26 Februari 2012 - Hari Perlantikan Watikah Pengawas. Alhamdulillah diberi kepercayaan oleh cikgu untuk pegang jawatan sebagai setiausaha and alhamdulillah jugak semua kerja yang cikgu bagi aku siapkan even dalam sibuk nak SPM. Sambil ada hari yang ada paper pun still dapat tolong cikgu.


Sepanjang bulan Mac - time teater, I gonna miss that moment so much. masa latihan, masa hari lawan, masa celebrate apa semua tu. Ahh aku takbole lupa kot. Dapat kenai dengan Izzam time tu. Actually time dok practice teater tu kami tak rapat lagi. Memandangkan aku ni jenis buat kerja diam sorang-sorang aku. Mana nak cakap dengan orang kan. Hahahah. Lepas teater baru kami jadi rapat :)




Then masa pi kursus menembak dekat padang sasar pendang nuh. Dengan sekolah lain, naik truck polis dengan geng Sekolah Gunung. Semua laki ja kadet polis sekolah depa, happening kot atas truck tu. Takdak picture tak sempat nak capture :(

29, 30, 31 Mac 2012 - Kem Pengakap. Jadi senior and fasilitator tahun ni. Guess what? Kena besiang ikan, ayam, masak untuk adik-adik peserta. Hahahah okey la tu. Aktiviti rempuh halangan, malam kebudayaan apa semua tu.


9 April 2012 - choral speaking, jadi time keepers la as tuan rumah kan, but buat dekat dewan sekolah Alor Merah. Serious to say dewan sekolah depa memang grand cik oii. Jelous I tengok.. hahah. Lepas habih choral speaking teacher Rosita hantar pi Agama Kedah pulak join geng forum, semua ni kes takmau masuk kelas punya pasai. Hahaha lepas forum pi marry brown. Yeah! Kat situ memang happening! 





9 Mei 2012 - Hari Anugerah Cemerlang. Memang aku tak dapat apa-apa anugerah pun. But ditugaskan untuk bertugas hari tu. By the way happening jugak kot! 






16 Mei 2012 - Hari Guru. Ditugaskan belakang stage then kena naik stage bagi cenderahati dekat cikgu-cikgu masa assembly. kayh cering sangat! Buat surprise dekat cikgu Yati, cikgu pengawas. Tahun ni aku takbagi hadiah pun dekat cikgu-cikgu. Masalah bajet mungkin. hehehe








26 Jun 2012 - Hari sukan yang ke-38, tahun terakhir aku berasa hari sukan dekat Malik. Tahun ni wakil Kadet Polis masuk perbarisan, dah bersara dah dari pengakap. Oleh sebab semua pakat masuk perbarisanso tak dak picture yang dapat kami capture.





16 Julai 2012 - Hari Sumbangsih. Hari keusahawanan digantikan dengan hari ni. Takdak dah jualan-jualan semua tu, so kami pun tak payah nak susah-susah jaga gerai tahun ni. Hehehe









19 Oktober 2012 - Jamuan Tahunan Pengawas. Tahun akhir dapat join :( At The Regency Hotel




29 Oktober 2012 - Le Birthday! Seriously tahun ni paling tak dapat dilupakan. Even keluar sambut hari sebelumnya sebab birthday aku jatuh hari sekolah. Sambut jugak. Got a big teddy bear for my present. Thanks Izzam. And Wawa thanks for bantai baby pooh tu :) Muahhh setempek dekat pipi hampa dua :*


Sedih kot dah tinggal sekolah tu. Oficially dah takjadi pelajar sekolah tu pada petang 28 November 2012. Lepas paper last tu ja terus keluar celebrate pi makan dekat McD. Amalina belanja wuuu. Thanks Amalina :)   Then keluaq buat kali terakhirnya with Syiqin and Amalina. Sedih kayh sedih! by the way aku rindu depa sesangat! 

***************************************************

* Lepas ni takdak la nak kumpul dekat anjung puteri before masuk dalam tapak perhimpunan.
* Lepas ni tak bole dah la nak berjalan pi bertugas dekat pintu pagar sebab nak lari daripada masuk perhimpunan
* Lepas ni tak bole dah nak tengok boys yang semangat berjalan mai duduk depan masa waktu ustazah.
* Lepas ni tak bole dah la keluaq dari kelas time akaun dengan bagi alasan dekat cikgu, “cikgu, kami nak pi tandas.” Padahal pi library melepak dengan geng yang drop akaun.
* Lepas ni tak bole dah la nak ajak cikgu Zairi pi duduk dalam makmal EPU time BM.
* Lepas ni tak bole dah nak dengar cikgu Yati bercerita dengan penuh semangat time Sejarah.
* Lepas ni tak bole dah nak lari keluaq dari class bila gab antara waktu lain dengan Math
* Lepas ni tak bole dah nak buat experiment time Kimia
* Lepas ni tak bole dah nak melencong pi tandas dulu masa dalam perjalanan nak pi lab Biology
* Lepas ni tak bole dah nak kacau budak kelas sebelah yang dok lalu dekat sebelah kelas, almaklumlah dok sebelah tingkap.
* Lepas ni tak bole dah la nak makan nasi ayam dekat kantin, kacau makcik-makcik kat kantin
* Lepas ni tak bole dah nak ronda satu sekolah time rehat, pi kantin, pi koperasi, naik blok-blok yang ada dekat sekolah tu
* Lepas ni tak dak dah la adik-adik junior yang nak tegur nak senyum kat aku. Depa comel kayh comel!
* Lepas ni tak bole dah nak cari pasai dengan Aiman, Syed, Jimmy, Ming Wei. Aku suka cari pasai dengan depa ni sebab ada respon. Hahaha
* Lepas ni tak bole dah nak kalih belakang usik Tiqah dalam kelas
* Lepas ni tak pakai dah la baju sekolah pengawas aku tu, iron baju, basuh baju, kalut tudung tak jadi apa semua.

**************************************************

Sedih! Tunggu bulan 3 ni pulak keluar result macam mana. Yang aku yang aku takut! Seriously! Dah bermain dalam fikiran aku sekarang ni. Apa nasib aku nanti :( Enough! Wait and see ja haaa! Azam tahun baru? Tahun baru, hidup baru, buku baru, tempat belajar baru *in sha Allah, perangai baru, boyfriend baru? ehhhh dak-dak takdak yang barunya. nyeh nyeh! Hahaha merapu ja lebih haaa..

2012 taught me :
(i) erti kesabaran. Sabar ja tempuh apa pun dugaan. Habih tak tahan pun air mata ja keluar. Alhamdulillah takdak la aku pi mengamuk dekat sesiapa. Not my type lol.

(ii) erti kasih sayang yang sebenarnya. Macam mana aku bole sayang dekat seseorang tu sampai aku tak sanggup nak kehilangan dia. Bila gaduh ja aku jadi tak tenang. Seriously!  And aku paling takut dengar perkataan "BREAK"! Even ada jugak dah terkeluar beberapa kali, tapi aku tetap cuba nak memperbetulkan keadaan tu sebab aku takmau hubungan putus macam tu ja. Why? Sebab aku dah sayang sangat-sangat! Love you :*

(iii) berusaha! Tidur pukul 3, 4 pagi tu macam dah jadi perkara biasa bagi aku sepanjang tahun 2012. Struggle nak dapatkan yang terbaik. Aku takmau kecewakan orang yang harapkan aku ni. Berjaga buat latihan kimia dengan fizik yang cikgu titipka dengan rela hatinya. Bukan terpaksa okeyh!

(iv) menghargai orang. Bersyukur sebab ada jugak orang yang sayang dekat kita ni, ambik berat pasal kita, pesan nuh, pesan ni. Dah macam mama la pulak kadang tu. Aku pun selalu gak bebel dekat dia. "nak jadi mak pulak ka dok hingaq dekat orang?" hahahaha ayat ni dia balas balik dekat aku!

(iv) yang mana baik, yang mana buruk. Ada perselisihan faham mungkin. Mungkin aku ja yang terlebih emo, mungkin dia tak perasan yang aku ni macam dah meluat sangat dekat dia. Bila tengok muka pun aku rasa macam nak paling ja muka aku ke belah lain. Aku sakit hati sebenarnya tu. Mungkin aku sendiri yang terasa sedangkan dia takdak apa-apa pun. Aku ni cepat tera and jelous okeyh! Pengakuan berani mati ni haaa. Terasa la kan bila dah buat aku ni macam tak wujud, tak fikir dah perasaan aku. So, ambik keputusan aku buat taktau ja. Mai tegur aku baru aku layan. Tengok mood lah yerr macam mana.

**************************************************

By the way, nak ambik peluang ni nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa, tersalah bicara, tertampar mana-mana, terpinjam harta benda hehehehe. Mungkin ada yang banyak terasa dengan sikap aku ka? Tak sengaja sakitkan hati sapa-sapa, harap dimaafkan ya. Maklumlah kadang-kadang tu terlebih emo sampai orang tegur or cakap dengan aku pun aku buat don't know ja. Tapi kalau depan-depan ni aku payah sikit nak tunjuk. Heheh harap dimaafkan :)

okey lah. Lembut dah jari jemari ni dok taip dari tadi lagi haaa. Rasa macam agak panjang jaa. Hahahah. See you soon on my next post. Love yaa 

Goodbye 2012
Thanks cause you make me sad,
make me smile :)
2013 will be better
In Shaa Allah


*harap bole dengar ayat ni selalu " benda yang orang larang tu yang dia nak buat sangat kan?"

Wishing for a good result. Wishing for an everlasting relationship. Seriously bahagia bila macam ni. Harap kekal. Amin :)














Older Post . Newer Post

Daisypath Anniversary tickers

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : Sofieya Nasarudin
Best View in Google Chrome