Nursofia Nasarudin
♡ phiaa ♡
Follow
Dashboard
Entries About Stuff Linkies

The End !
Thursday, 29 November 2012 | 22:12 | 0 Comment ?


Assalamualaikum. I'm back! As promised! Maaf la blog berhabuk. Tera nak habih paper. Alahaiiiii. Baru nak update. Bukannya apa, rasa malas sangat-sangat dah nak on komputer, lappy segala bagai. Malas takdak tahap dah la kan.

Dengan ini, saya bernombor angka giliran KC202A027 mengundurkan diri dari medan perang SPM setelah berhempas pulas selama 10 hari dalam dewan tu! Hahahahaha! Takbole dah nak tengok pengawas periksa hat segak tu noh. hahah menyirap! Time exam aku jadi burung hantu, malam berjaga, siang balik habih paper aku lena. Takkan tak rare lagi kot tera tu. Hahahah. Pi sekolah blurr semacam ja haa. Takmau cakap pasai soalan. Bebai kuasa 99! Padan la dengan aku pun, dok main-main ja keja. Enough is enough! Usah dikenang benda yang lalu. Let bygones be bygones la dude! O lepas ni dah takpakai dah baju sekolah biru tu, dah takpayah nak iron baju tu dah, dah tak pi sekolah tu dah, dah takdapat nak jumpa adik dah kat sekolah... Sedih ahhh tinggai sekolah tu. 5 tahun kot belajaq situ, mana tak sedih nya kan. Ada rasa seronok, ada rasa sedih tinggai sekolah tu. Tapi rasa sedih banyak gi lah. hahahah rasa syok nya sebab tak payah tersempak dah dengan orang yang aku takmau tersempak. Lega dah 1 hal, hat sedihnya adik laaaa. Hmm payah la nak jumpa dah lepas ni. Banyak kenangan kat sekolah tu, kelas 5SC, cikgu-cikgu, kak-kak form 6 pa tuh. Ish la sedih la kalau ingat balik. Lepas ni boleh la tengok movie tanpa rasa bersalah, tengok tv tanpa rasa bersalah, online tanpa rasa bersalah, hang out tanpa rasa bersalah. Wuhuuuu semua tanpa rasa bersalah. hahahah Tidoq ja takbole. Cari kena hingaq sepanjang hari. Lepas ni pagi-pagi tak dengaq dah la "kakak bangun pi mandi cepat, sat g adik nak mandi pulak

Bercakap pasai tengah exam hari tu kan. Makan hati jugak oooo. Aku buat apa semua tak kena. Dok rumah kena hingaq, aku dok dalam bilik tak keluaq pun kena hingaq, aku keluaq apatah lagi kan. Sampai ada sehari tu, mana dengan dok sedih pasal hal lain, tak sihat, tambah pulak masalah tu masalah ni, hah ranum dah! Aku sampai bangun pagi tu mandi makan pa semua, sampai malam aku tak keluaq bilik. Keluaq pun kes nak mandi and ambik wuduk ja. Jamah makanan pun takdak selera, sampai aku. hmmmm Taktau lah nak kata pa. Air mata ni jatuh tak payah dok kata la kan. Hah bab-bab macam ni memang aku cepat jatuh air mata. Sebab? Aku hanya bole jatuh air mata sebab orang yang aku sayang ja taudak! Sebab lain memang payah la nak tengok aku jatuh air mata. Sampai dekat twitter tu taktau la aku dok merapu apa dah kan, punya la bergelong aku time tu, buat pulak status kat facebook aku. Tak lena semalaman sampai esok tu ada kelas aku takpi! okeyh great! Lemahnya aku, serious lemah! Dah lepas ni takmau sedih-sedih dah. Harap dak dah la lepas ni kan. Mohon jangan jadi macam ni dah, aku tak kuat nak hadap semua ni :'( Budak kecik tu marah aku hari tu, ehh memang padan la dengan muka aku, aku yang dok cari pasai sngat. Sebab aku macam-macam yang jadi, sebab aku, semua jadi macam ni kan. ADIK, KAK MINTAK MAAF SANGAT-SANGAT TAU! Aku tak salahkan dia pun, nak marah , marah ja sebab tu semua salah aku. Aku yang buat bagi dia marah. Takpa tak kesah, nak marah? Just go on! Dah-dah dok touching pulak dah. Ok kemarin ni hang out. Syiqin dah last dah kat sini kemarin, dia nak pi dok penang pulak... Amalina pulak nak pindah Sarawak dah. Ahhh pas ni tinggai aku dengan Wawa ja lah kat sini pun. 








Menghitung hari nak pi buat lesen keta. wuuu cannot wait nak drive. daftar pun dak gi. Saja la pun kan. 

Cuti pepanjang ni serious taktau nak buat apa haaa. Larat nak hang out ja tiap-tiap hari, income nya pun ngak ada sih. Hahahah Lepas ni ulang alik pi KV la pulak. Adoii sampai taktau dah nak karang ayat apa, time dok exam ni dalam kepala otak punya lah banyak idea nak mengarang ni haaa. ni bila dah on bendalah ni taktau la pulak nak update apa kan.

Ok lah malas nak perah otak nak karang ayat dah. will be right back for the next post. Assalamualaikum

Perasaan sayang tu perlu lahir dari hati, bukan hanya di mulut. Kalau di mulut, sesiapa pun boleh kata yang dia sayang orang tu kan. Sayang tu biar ikhlas, jangan dipaksa. Kalau terus dipaksa lama-lama sesuatu perhubungan tu pun akan terputus. jangan jadi macam tu! Takmau takmau takmau! 



Older Post . Newer Post

Daisypath Anniversary tickers

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : Sofieya Nasarudin
Best View in Google Chrome