Nursofia Nasarudin
♡ phiaa ♡
Follow
Dashboard
Entries About Stuff Linkies

Setiap Yang Berlaku Ada Hikmahnya !
Friday, 25 May 2012 | 08:11 | 0 Comment ?


Assalamuaikum

* this entry might be too long. Sebab saja nak cerita.. Bosan! Hahah

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ayat yang selalu kita dengaq kan kan? As for me, aku ada kisah yang tersendiri. Sorry la kalau rasa menyampah nak baca. Haha. Cuma terasa bosan ya amat. Tuh sengaja nak sharing. Sharing is caring isn’t it? Start dari masa aku masih lagi di primary school. Zaman budak-budak dulu.. Haha. Aku sekolah cina dulu. SJK © Soon Jian. Bergaul la dengan budak cina kan. Tapi best ooo. Haha. Nak tau dak, dulu masa sekolah rendah, aku selau dok pkiaq nanti menengah aku nak pi sekolah mana ha?? And sekolah yang paling aku takmau pi sekali, sekolah yang aku sekolah sekarang ni. SMK Tunku Abdul Malik. HAHA. Memang dulu errrr taktau nak kata macam mana. Memang aku takmau masuk arr sekolah ni. Tapi nak buat macam mana, UPSR pun dapat cukop-cukop makan ja. 3A 3B 1C.. Aku tak pandai macam hampa.. Aku masuk jugak la sekolah malik kan kan. Lagipun semua geng aku, pakat masuk sekolah tuh semua. Najwa, Syaheerah, Anati, Shuhada, Syed, Hairie, Zul. Memang kami ja pun Malay masa batch kami dulu. Masuk ja sekolah tuh. Sampailah habih hari orientasi tuh kan, dah bahagi kelas pa semua, aku kena dok kelas masa tuh panggil 1 Wira. Belakang pada kelas 1 Waja. Anati, Najwa , Syaheerah dengan Syed sekali dok kelas tuh. Haish jujur aku cakap. Aku tak suka dok kelas 1 Wira pada mulanya. Maybe sebab takdak sapa yang aku kenai dalam kelas tuh. Yup! Seriously sorang pun aku tak kenai. Errr biaq pi la aku nak belajaq, aku kesah apa (kata dalam hati). Tapi bila dah lama-lama tuh, okey ja rasa. Maybe sebab aku ni jenis yang payah sikit nak rapat dengan orang yang aku tak kenai. Lama-lama jadi rapat la pulak. 


Hah bila naik form 2, fuhh lega rasa, dapat dok sekelas dengan Anati, Syaheerah and Najwa. Kami dok kelas yang dinamakan 2 Kancil masa tuh. Naik la 2 kelas. Haha. Masa tuh pun aku macam errrr bukan aku kenai pun budak-budak kelas depan ni. Hehe. Takpa janji dok sekelas dah dengan geng aku. Lama-lama rapat jugak dengan budak kelas tuh. Boys kelas 2 Kancil sporting belaka. 


Bila nak masuk form 3 ja.. aku jadi takut. Dok pkiaq turun kelas ka naik kelas ni?? Haish.. Pi ja hari nak ambik buku teks tuh… Yeah!!! Still dengan kelas tuh! Seronok! And ada jugak budak kelas lain yang masuk kelas 3 Kancil. Amal, Suaidah, AJ, Kimi, Cik Ton, sapa lagi entah aku dah lupa.. Maaf-maaf. Haha. Woah!!! Antara kelas yang aku pernah duduk, Kelas 3 Kancil memang the best among the best! Sporting bebeh!!! Haha. Tak kira boys tak kira girls. Masa form 3 Hairie dok kelas sekali. Cukoplah forum geng SJK©Soon Jian time tuh. Cuma Zul sorang ja dia pindah pi sekolah dekat Negeri Sembilan. Takpa. Bersatu kembali.. Haha. Tahun tuh kami PMR candidates. Okeyh tapi kami suka main-main. Haha. Takpa dapat cikgu yang mengajar kelas tuh pun semua sempoi-sempoi.. Dekat nak PMR baru pakat dok kalut study hard. Hah sepanjang dok kelas 3 Kancil ni.. Depa memang sekepala dengan aku larrrr.. Aku suka!! Hahah accept sorang boys ni. Aku tak pernah cakap dengan dia. Never!!! Even masa form 2 pun dah sekelas. Haha. Aku dengan boys payah sikit nak rapat. Tapi bila dah rapat jadi sekepala.. Haha… tapi yang sorang ni.. no comment!! Okey berbalik kepada PMR. FUhh pakat dok cuak sorang-sorang.. Haha.. Apa-apa pun kami saling membantu satu sama lain. Tak percaya? Sudah! Kalau kawan ni tak paham tuh, kawan yang paham pi ajaq dia.. Hah macam tuh lah.. Dah tiba pun hari trial. Masa tuh bulan puasa.. Ahhhh aku ingat lagi… Sebelum nak trial paper math, pakat-pakat dok study math ajaq satu sama lain. Aku suka sikap macam ni! Haha. Dah lepas  habih trial apa semua.. Ada la berlaku kes sikit. Tapi errrr takpa lah malas nak sebut.. Okey ja!! No problem!! Dah pasai trial. Tibalah hari PMR yang sebenaq.. Kelas 3 Kancil kena dok dalam kelas. Ahhh aku terlupa satu kelas berapa entah masa tuh. Tapi kelas yang aku duduk tuh semua geng 3 Kancil.. ahhh terbaik!! Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.. Haha. Aku ingat lagi laaa.. Masa hari exam Science. Fuhhh aku demam teruk hari tuuh, tak bole nak focus ,, mana dengan paper Science. Aku cuba larr bertahan jugak kot mana pun. Petang pulak sejarah. Memang aku dah tak suka sejarah. Padan la denga result yang aku dapat. Haha. Balik ja hari exam tuh. Depa dok peril manja.. Bawak air cap badak sebotoi minum… lepas jawab exam tidoq.. and so on.. Haha, aku tak kesah, sebab aku tau hampa melawak ja. Haha. Lepas PMR, ada yang tak mai sekolah langsung dah. Tapi me and geng tetap mai. Kami kan semangat lebih. Haha. Aku, Syaheerah and Anati join lawatan pi Perak tuh. Actually hat tuh just untuk budak permata.Tapi mama Syikin bagi aku join.. Haha join ja lah.. Dengan budak kelas 3 Kelisa. Kami jadi rapat macam dah lama kenai. Haha. Enough about time. Time for the PMR result. Sebelum tuh aku ada apply untuk nak masuk ASTECH.. two days before result PMR keluar, aku dapat surat tawaran. Pi Teknik Langkawi. Atudia atudia.. Pkiaq dulu.. Sampailah hari dapat result. Malam tak boleh lena wehhh dok pkiaq apalah result aku.. Pagi tuh semangat ja aku pi sekolah dengan uniform sekolah semua cukup. Okeyh jujur aku target 3 A saja. Sebab aku rasa setakat tuh ja yang aku mampu pun. Bila dapat result. Alhamdulillah 5A. Yang lain biarlah rahsia… Aku kecewa English B.. Aku target A kot.. Takpa SPM aku cuba lagi.. 



Papa tanya nak pi dak teknik tuh?? Aku buat don’t know ja.. taktau nak kata apa.. Sebab aku tak berapa nak suka course yng aku dapat tuh. For sure, bukan tak berapa nak suka, memang aku tak suka.. So aku stay Malik, aku sayang sekolah tuh. Haha. Ada hikmah untuk semua ni


Apply masuk dok kelas Pure Science.. Alhamdulillah dapat. Takut tak dapat ja sebab ramai lagi yang dapat result better than me. Aku, Anati dengan Syaheerah dok sekelas. Kelas 4 Saga masa tuh. Najwa dengan Shuhada Science Technical. 4 Kelisa. First masuk kelas 4 Saga agak cuak.. Tau dak ramai gila-gila. Sungguh tak bohong. 52 orang. Majority girls. Sampai lah tinggai 42.. Ada 5 orang yang baru pindah masuk. Wawa, Adyb, Amalina, Ezaty dengan Umi. La ni tinggai 42 orang ja. Pakat keluaq. Anati tak terkecuali. Dah transfer pi SMS Kubang Pasu. Sedih kan best friend nak pindah sekolah. But what to do.. Hahah.. Rifqi pindah jugak. Pi SAINA sekali dengan Amirah.  Dok la berapa bulan. Pindah masuk SAHC. Sebab nak masuk Malik balik pengetua tak bagi.. Amirah stay SAINA. Entah lerr tak tahan kot dok asrama SBP.  Haha. Ada lagi yang pi patah balik. Nadia dengan Adam dapat MRSM baling. Pi sama-sama dok 3 hari kut, Nadia pindah balik. Tak tahan kot. Hehe. Izzah, SMA Kajang. Pandai ooo dia. Anas, masuk kelas sehari dok esok tuh terus masuk SMJ. Dia nak tukaq balik dengaq kata ayah dia tak bagi. Haha. HUsam, Eilya, Mimie. Emylia.. pi ASTECH. Pi sat pindah mai balik tapi tak dok kelas kami dah. Dok kelas Kelisa pulak. Sampai sekarang. Yang tuh ja kot yang pindah. Senang ja kau nak rapat dengan depa sebab antara depa banyak yang pi Perak sekali masa form 3. Hah ni nak cerita 1 benda. Ada la salah faham antara Aku dengan Adila time tuh.. *sorry adila aku cerita.. Haha. Tak cakap lama jugak la.. Sekali dengan Adyb sekali aku tak cakap. Salahkan diri sendiri la jugak sebab pkiaq errr taktau macam mana. Besalah fikiran budak-budak.. Hahha tak berapa nak matang time tuh. Heheh. Tapi ada hikmah atas apa yang terjadi tuh. Sekarang ni kami dah rapat. Rapat sangat-sangat! Hope our friendship till jannah. Takmau gaduh-gaduh dah. MAsa form 4 ni, aku sedih gila bila dengaq kelas 4 Waja dengan 4 Wira kena pindah pi sekolah Alor Merah sebab sekolah tuh dah siap dah.. That moment I was thinking, why? Kenapa mesti tahun ni jugak nak siap, kenapa tak tahun depan ja? Kenapa tak lepas kami SPM ja? Argh!!! SEdih teramat. Hafizah, Faisal, Kimi, entah sapa lagi yang sekelas waktu form 3 dulu dengan aku Banyak jugak la… eeee sedih!!! TApi redha ja.. Seriously!! Aku rindu depa sangat-sangat!!! Arrrr rindu!! Anati kalau jumpa aku nak peluk cium dia.. haha



yang tinggi tuh la Anas.. tingginya..

Sampai la naik form 5. Kelas pun dah bertukaq nama dah semua. 5 SC.. Kelas gitu.. Form 1,2,3 pun KAA,KRK,KAA,KAB 1, KAB 2 .. errr taktau makna dia… form 4 and 5, SC,ST,TK,SS,MPV.. Tahun ni aku rasa best ja.. semua dah 1 sesi, takdak dah sesi petang tahun ni.. Yang paling best adik-adik junior memang sporting. Senang ja nak rapat dengan depa. Izzam, Akmal, Tina, Eyka Azra, Amani, Aina, Annesse, Syamir, Nadhirah.. errr banyak lagi tak tersebut nama da.. maaf-maaf.. Haha..

Izzam

Akmal


Amani and Eyka Azra

Izznusratina


 And tahun yang paling seram bagi aku.. SPM lerrrr… Arrr so scary!! Apa yang aku cuma harap tahun ni 5SC semua dapat result yang the best!! Kawan-kawan aku yang lain pun sama. Wish we all get the best SPM result yeah! Harap aku dapat capai cita-cita aku.. Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, doakan saya. 

Everyone got their own ambition right?? Me to!! Pediatrician! Aku minat sangat, maybe sebab aku suka budak-budak kot.. errrr maybe.. hahaha. Tapi mama tak bagi. Alasan, kalau nak jadi doctor ni kena otak tuh betoi-betoi pandai.. Aku ni?? Errrr belajaq pun main-main… Ahhhh tak kisah.. Berjuang hingga dapat! Haha.

Assalamualaikum



Older Post . Newer Post

Daisypath Anniversary tickers

Cutely Made by : Ieka Salju | Cute BG : AtiQah
Owned by : Sofieya Nasarudin
Best View in Google Chrome